RPH BM Tahun 2- Kelas Pemulihan


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Pemulihan Kelas
Kelas : Tahun 2 Inovatif
Tarikh : 1 April 2013  ( Isnin )
Masa : 1.50pm - 2.50pm ( 1 jam )
Jumlah Murid : 6 orang (4 perempuan, 2 lelaki)
Tajuk : 5 ( Perkataan Suku Kata kv+kv )
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat :
1.Mengeja dan membunyikan 4 daripada 6 perkataan kv+kv  ( kumpulan Gemilang )
2.Menulis 3 daripada 4 perkataan kv+kv berdasarkan gambar dengan betul (kumpulan   Gemilang).
3.Meneka nama haiwan yang bermula dengan suku kata awalan kv ( kumpulan  
  Cemerlang )
4.Memadankan 4 daripada 6 gambar dengan perkataan kv+kv. ( kumpulan Cemerlang )
Penerapan Nilai ;
1.Keberanian         2. Kesyukuran         3. Kasih sayang
Kemahiran Berfikir
- Membanding dan membeza
- Mencirikan


     KUMPULAN

   GEMILANG (PANDAI)

  CEMERLANG (LEMAH)
Tajuk
   Perkataan kv + kv
  Perkataan kv + kv

Hasil Pembelajaran:
Pada akhir p&p murid dapat
1.Mengeja dan
   membunyikan perkataan
   kv+kv
1.Meneka nama haiwan
   yang bermula dengan
   suku kata awalan kv

2.Menulis perkataan kv+KV
   berdasarkan gambar
   dengan betul.
2. Memadankan gambar
    dengan perkataan kv+kv
Pengetahuan Sedia Ada
1.Kenal beberapa jenis
   haiwan yang biasa dilihat

2.Boleh mengeja
   Dan membunyikan suku
    kata kv
1.Kenal beberapa jenis
   haiwan yang biasa dilihat

2. Boleh mengeja suku kata  
    kv
Bahan Bantu Belajar
1.Komputer riba ( bunyi  
   suara haiwan)

2. Kad gambar haiwan

3. Kad gambar (jigsaw
    puzzle) permainan     
    Cantumkan  saya
4.Lembaran kerja
1.Komputer riba (bunyi
   suara haiwan)

2. Kad gambar haiwan

3. Kad suku kata kv

4.Lembaran Kerja






    LANGKAH / MASA

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

     Set Induksi
     ( 5 minit )

- Guru memainkan bunyi  
  suara binatang  melalui  
  komputer riba

-Guru meminta murid  
  menutup mata dan 
  menggunakan  telinga  
  untuk mendengar bunyi 
  tersebut

-Guru meminta  murid  
 meneka nama   haiwan  
 yang   diperdengarkan


      Langkah 1
     (10 minit)

-Guru menunjukkan kad
  gambar haiwan seperti
  kuda, pari, rusa,naga ,
  nuri dan kera.

 -Guru meminta murid-
  murid menyebut nama
  haiwan yang ditunjukkan.

-Guru meminta murid
  bercerita tentang haiwan
  tersebut sambil guru
  bertanya soalan berkaitan
  haiwan tersebut.



Contohnya;

1) Di mana murid-murid
     biasa melihat haiwan  
     ini?

2) Adakah murid-murid  
    suka/sayang haiwan  
    tersebut?


Langkah 2:
 Aktiviti kumpulan
(20 minit)

- Guru memberikan lembaran kerja iaitu melengkapkan (menulis) perkataan kv+kv berdasarkan gambar dan mewarna gambar

 -Guru menyemak jawapan murid yang telah siap

- Guru menyediakan beberapa kad suku kata awalan kv di dalam kotak dan meminta murid bergilir-gilir mencabut satu kad

-Murid diminta mengeja dan membunyikan kad suku kata yang dicabutnya

- Murid diminta meneka nama  haiwan yang bunyinya sama dengan suku kata awalan kv yang dicabut.



Contohnya:
1. Ke = Kera
2. Ru = Rusa
3. Pa = Pari
4. Ku = Kuda

Langkah 3:
 Aktiviti kumpulan
(20 minit)

- Guru memberikan satu set
  permainan ‘cantumkan
  saya’ menggunakan kad
gambar (jigsaw  puzzle).kepada setiap  murid

-Murid yang lebih awal mencantumkan kesemua gambar dan mengeja nama haiwan dalam gambar tersebut dikira pemenang

- Guru memberi lembaran
  kerja iaitu mewarna dan
  memadankan gambar
  dengan perkataan kv+kv 
  yang betul.

       Penutup
       (5 minit)

- Guru menulis lirik lagu  bunyi haiwan di papan tulis.
   Saya ayam, kok, kok, kok, kok, kok´
   Saya itik, kwek, kwek, kwek, kwek, kwek´
   Saya burung, twit, twit, twit, twit, twit´
   Kami bunyi kok-kok, kwek-kwek, twit-twit´

- Guru menyanyi terlebih   dahulu dan seterusnya  
   menyanyi bersama murid-  murid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan